kejayaan bukan destinasai tetapi sebuah perjalanan

Social Icons

Pages

Featured Posts

Thursday, 29 January 2015

NATURE LOVER: Menawan Gunung Dato N9

Hari ini saya nak tulis pasal Expdc mendaki gunung dato di Rembau N9. Xpdc nie dah lama cuma baru berkesempatan nak tulis. saya memang sukakan aktivi2 lasak dan mencabar ni.haha. Gunung Dato berketinggian 885M dari aras laut. tidaklah tinggi sangat sebb dah pernah mendaki gunung yang lebih tinggi dari ini (gung kinabalu, Gung Ledang). Tapi disebabkan xda latihan sebelum mendaki so, agak penat jugalah..Secara peribadinya bahagian Puncak gunung saja yang best dan menarik di Gunung Dato nie. Sebab perlu naik tangga yang tinggi untuk sampai ke Puncak.
Aktiviti ni di bawah Persatuan Mahasiswa Sabah UKM (Permis)..Overall rating untuk pendakian ini i bg 5/10...huhu..

Biar gambar berbicara:









This is Pacats..


tgh poop




pemandu gunung yang a bit annoying tapi caring and bertanggungjawab..Bagi dia 4 bintang


nak ke puncak kena naik tangga nie..


Kami2 kat puncak


Overall. pendakian ini memang best. our pemandu gunung ckp Gunung dato diberi nama like that sbb dato2 pembesar kat daerah rembau nie dulu2 menjadikan tempat nie sebagai tempat mesyuarat.huhu
thats all.

Tuesday, 13 January 2015

Terfikir Sekejap. Adakah mereka juga berfikir???????????

Agak lama tak menulis. Sekadar luahan hati, bukan kepada sesiapa tetapi untuk sendiri. terlalu banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini dalam negara. Namun sedar ataupun tidak kita perlu muhasabah diri kerana inilah ujian yang allah berikan kepada hamba-hambanya supaya kita berfikir. Perkara yang lepas itu hanya mampu untuk kita renungi dan perbaiki pada masa hadapan.








Banyak perkara yang melibatkan sensviti masyarakat malaysia yang menjadi viral dan hot issue di media massa dan menjadi buah mulut bualan org. bermula dengan isu "i want to touch a dog". sememangnya perkara ini adalah salah terutamanya melibatkan peserta Muslim walaupun niatnya adalah betul namun penyataan matlamat tidak menghalalkan cara sesuai dengan program ini. oleh kerana permainan media massa yang berebut-rebut mencari keuntungan perkara ini menjadi isu yang sangat besar. ya, isu ini adalah isu yang besar dan mestilah dihalang NAMUN banyak perkara yang berlaku di dalam masyarakat kita yang seperti ini malah lebih teruk lagi tidak diendahkan dan tidak diberi perhatian. Contohnya dalam filem dan drama konsert2  malah di mana2 sahaja terlalu bebas untuk berpegangan tangan, berciuman, berpeluk-pelukkan, Bukankah ini lebih teruk dan kutuk jika dibandingkan dengan program "i wanna Touch a dog ini". 
Sama isunya dengan aksi peluk2 cium2 antara artis KPOP dan wanita melayu yang menjadi Isu utama dalam media massa terutama akhbar utama negara dan FB.

Jika perkara ini akan dikenakan hukuman oleh pihak berautoriti maka pelaksanaan hukuman dan undang2 perlulah bersifat menyeluruh kepada seluruh rakyat malaysia bukan sahaja untuk memelihara budaya islam di negara kita tapi  untuk tujuan utama kita negara negara kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt. oleh itu, hukumlah mereka yang berpelukan dalam filem dan drama, para penyanyi dan pelakon, aksi peluk2 di tempat awam agar adil kepada semua. bagi saya terdapat beberapa perkara yang menonjol dalam hal ini

1.Peranan media massa yang menyebabkan perkara ini menjadi hot dan popular. ayat-ayat yang digunakan kadang2 keterlaluan sehingga tidak menjelaskan situasi sebenar yang sepatutnya. mereka ini yang bertanggungjawab kepada lahirnya presepsi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Maka pastilah niat mereka adalah untuk mencari keuntungan dengan apa cara sekalipun tanpa nilai kemanusiaan yang sepatutnya ada. Kesannya sumpah seranah, caci maki, kutukan daripada masyarakat sentiasa menjadi budaya.

2. Pihak berautoriti seperti Jakim, NGO dan Jawi sepatutnya memikirkan kaedah untuk membendung gejala sosial ini secara menyeluruh dan menggunakan kaedah berfikir dan berbincang. Jangan jatuhkan hukuman secara emosi dan terdesak. kerana boleh jadi mereka ini menjalankan hukuman disebabkan supaya dilihat menjalankan tugas oleh masyarakat. Kerana takut mereka juga dikutuk kerana tidak menjalankan tugas. Rasionalnya, kenapa baru kini mereka muncul dengan gah untuk menjatuhkan hukuman, kenapa bukan dari dulu kerana perkara ini dah lama berlaku tetapi mungkin tertutup kerana rabun.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/jawi-ambil-tindakan-penganjur-konsert-k-pop-1.349894

3. Budaya caci maki sumpah seranah. Sering kita katakan perkara2 itu ini adalah bukan budaya Islam dan masyarakat malaysia. Maka keluar caci maki, sumpah seranah, kutuk mengutuk. Ya perkara yang berlaku itu memang bukan daripada budaya masyarakat malaysia jauh sekali budaya Islam. betul dari sudut itu tapi dari sudut yang lain adakah caci maki, sumpah seranah itu budaya Islam. Mungkin bagi mereka itulah budaya Islam. Jika itulah budaya yang diperjuangkan maka  mereka itu lebih hina daripada yang terlibat. Gunakanlah akal yang dikurniakan untuk berfikir. Jangan sampai menjadi lebih teruk daripada binatang disebabkan gagal dan tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir.


Sekadar Luahan Hati.
(syed:2015)

Friday, 10 January 2014

REFLEKSI LAWATAN DAN SEMINAR: KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya bersama rakan-rakan selesai menjalankan program Lawatan dan Seminar Sumber-sumber Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam yang bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka.Lawatan dan Seminar ini kami diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 13 disember hingga 15 disember 2013. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Pensyarah Subjek ini iaitu Prof. Madya Dr. Roziah Sidik yang banyak membantu dan membimbing saya bersama rakan-rakan dalam menjayakan seminar dan lawatan ini. Penghargaan juga perlu saya berikan kepada rakan-rakan yang mengambil subjek ini kerana ilmu yang dikongsikan semasa seminar sangat memberikan faedah dan maklumat-maklumat yang berharga kepada saya. Lawatan dan seminar ini adalah untuk penilaian 80 peratus untuk subjek PPPJ3623 sains dan teknologi dalam tamadun Islam 1. Seminar Sumber-Sumber Sains dan Teknologi dalam tamadun Islam (Bermula sebelum Islam sehingga kejatuhan empayer Uthmniyah) Seminar ini adalah pembentangan yang dilakukan oleh pelajar yang mengambil subjek sains dan teknologi dalam tamadun Islam untuk semester lima. Seminar ini sangat memberi manfaat kepada saya dari segi mendapatkan ilmu dan maklumat daripada rakan-rakan pembentang dan juga menyampaikan seminar atau membentangkan hasil kerja yang kami lakukan. Menjadi kepuasan kepada saya untuk membentangkan hasil kerja yang saya lakukan dan dikongsikan bersama rakan-rakan. Pengalaman membentangkan kertas kerja secara tidak langsung melatih soft skill saya untuk berhadapan dengan orang dan menyampaikan seminar.Topik-topik yang dibincangkan sangat menarik untuk dipelajari kerana kami mempelajari kehebatan tamadun Islam yang sangat unggul, keunggulan tokoh-tokoh Islam yang sangat hebat dalam pelbagai cabang ilmu khususnya bidang sains dan teknologi sangat menkagumkan
KosMate
Lailatul Hidayu
Hasyim
Syed
Ahmad Faathin
Izzati
Our Beloved Lecturer Prof Madya Dr. Roziah sidik
Liana Malik
 2. Cerapan Langit Malam Lawatan ke galeri Astronomi 

Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat yang di sampaikan oleh pegawai kompleks tersebut. Beliau memperkenalkan kompleks ini dari fungsi dan peranan serta aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan di Kompleks ini dan di aktiviti luar. Dalam taklimat beliau juga banyak maklumat baru antaranya ialah maklumat tenatng bintang matahari yang dijelaskan secara terperinci. Perkara baru yang saya pelajari ialah sifat matahari yang dianalogikan oleh pegawai tersebut mempunyai sifat tenang dan marah dan Ianya boleh dilihat melalui cerapan matahari.Matahari juga sebenarnya bukanlah berwarna Oren tetapi colourless. Namaun saya bersama rakan-rakan tidak direzekikan untuk melakukan cerapan matahari.Selepas taklimat kami diajar tentang cara menggunakan peta bintang yang disediakan kepada kami untuk melihat dan mengetahui kedudukan serta nama buruj-buruj di angkasa. Melalui pengetahuan tentang kedudukan buruj serta bentuknya, kita boleh menentukan arah kiblat yang mana ilmu ini digunakan oleh pelayar-pelayar Islam dan tokoh-tokoh yang terdahulu.Seiring dengan kemajuan teknologi aplikasi peta bintang juga boleh didapati dalam telefon pintar iaitu aplikasi Stellarium dan Google Sky Maps.Walaupun ada ketikanya apa yang dijelaskan oleh pegawai tentang matahari, bulan, bintang dan angkasa kurang difahami disebabkan tidak mempelajari secara khusus dalam bidang tersebut tetapi maklumat yang saya perolehi sangat banyak dan paling penting dapat menghayati hubungkait dengan ciptaan Allah yang Maha Agung.
Meteor tulen Yang jatuh di Afrika Selatan seberat 3kg
belajar menggunakan peta bintang
penerangan oleh pegawai kompleks
aktiviti Cerapan
Add caption
3. Tayangan 3D dan Planetarium Tajuk untuk tayangan 3D ialah SOS Planet dan tajuk untuk tayangan Planetarium ialah Sky Quest. Kedua-dua tayangan ini adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kekangan dan masalah yang saya hadapi ialah pemahaman secara keseluruhan jalan cerita dan maklumat yang ingin disampaikan. Ianya sedikit sebanyak mempengaruhi pemahaman.Pembelajaran yang dapat diperolehi dalam tayangan 3D yang bertajuk SOS Planet ialah kesan aktiviti-aktiviti manusia di muka bumi ini member kesan yang negatif kepada alam. Aktiviti manusia seperti pembanganan, perindustrian, pembakaran hutan, penebangan pokok memusnahkan alam secara perlahan-lahan. Tayangan ini adalah untuk memberi kesedaran agar memelihara alam dan menyelamatkan flora dan Fauna di muka bumi. Sky Quest pula ialah berkaitan penerokaan angkasa lepas, pencerapan terhadap planet-planet, bintang dan objek angkasa lepas.
Our sporting Lecturer
4. Aktivi Bebas..Pantai Tanjung Bidara, Melaka Walaupun pantainya agak kureng dari segi kemudahan, kecantikan tapi tetap best kalau bersama dengan kawan-kawan yang sempoi..haa

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan banyak maklumat baru yang sangat bermanfaat kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain. Aktiviti yang dijalankan juga mencapai objektif dan tujuan lawatan ini di adakan. Pengalaman ini pastinya akan memberikan semangat untuk terus mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kekangan dan masalah yang dihadapi yang menyebabkan kurangnya kesan kepada pembelajaran. Contohnya kurangnya persediaan dalam seminar dan banyak kelemahan semasa menyampaikan ceramah atau proses pembentangan. Namun perkara ini saya rasakan sebagai latihan, pengalaman dan proses pembelajaran untuk diperbaiki dan mengatasinya di masa akan datang. Saya merasakan bahawa objektif dan tujuan lawatan ini telah mencapai objektif dan mencapai tujuannya. Kerana banyak perkara baru yang telah dilalui dan dipelajari. Banyak juga nilai-nilai yang diperolehi semasa program iaitu dapat menghayati dan merenung kembali ciptaan Allah yang sangat indah dan teratur dan kita sebagai hamba Allah perlu mengabdikan diri kepadaNya yang menciptakan segalanya. Sekian..