Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya bersama rakan-rakan selesai menjalankan program Lawatan dan Seminar Sumber-sumber Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam yang bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka.Lawatan dan Seminar ini kami diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 13 disember hingga 15 disember 2013. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Pensyarah Subjek ini iaitu Prof. Madya Dr. Roziah Sidik yang banyak membantu dan membimbing saya bersama rakan-rakan dalam menjayakan seminar dan lawatan ini. Penghargaan juga perlu saya berikan kepada rakan-rakan yang mengambil subjek ini kerana ilmu yang dikongsikan semasa seminar sangat memberikan faedah dan maklumat-maklumat yang berharga kepada saya. Lawatan dan seminar ini adalah untuk penilaian 80 peratus untuk subjek PPPJ3623 sains dan teknologi dalam tamadun Islam
1. Seminar Sumber-Sumber Sains dan Teknologi dalam tamadun Islam (Bermula sebelum Islam sehingga kejatuhan empayer Uthmniyah)
Seminar ini adalah pembentangan yang dilakukan oleh pelajar yang mengambil subjek sains dan teknologi dalam tamadun Islam untuk semester lima. Seminar ini sangat memberi manfaat kepada saya dari segi mendapatkan ilmu dan maklumat daripada rakan-rakan pembentang dan juga menyampaikan seminar atau membentangkan hasil kerja yang kami lakukan. Menjadi kepuasan kepada saya untuk membentangkan hasil kerja yang saya lakukan dan dikongsikan bersama rakan-rakan. Pengalaman membentangkan kertas kerja secara tidak langsung melatih soft skill saya untuk berhadapan dengan orang dan menyampaikan seminar.Topik-topik yang dibincangkan sangat menarik untuk dipelajari kerana kami mempelajari kehebatan tamadun Islam yang sangat unggul, keunggulan tokoh-tokoh Islam yang sangat hebat dalam pelbagai cabang ilmu khususnya bidang sains dan teknologi sangat menkagumkan
![]() |
KosMate |
![]() |
Lailatul Hidayu |
![]() |
Hasyim |
![]() |
Syed |
![]() |
Ahmad Faathin |
![]() |
Izzati |
![]() |
Our Beloved Lecturer Prof Madya Dr. Roziah sidik |
![]() |
Liana Malik |
2. Cerapan Langit Malam Lawatan ke galeri Astronomi
Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat yang di sampaikan oleh pegawai kompleks tersebut. Beliau memperkenalkan kompleks ini dari fungsi dan peranan serta aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan di Kompleks ini dan di aktiviti luar. Dalam taklimat beliau juga banyak maklumat baru antaranya ialah maklumat tenatng bintang matahari yang dijelaskan secara terperinci. Perkara baru yang saya pelajari ialah sifat matahari yang dianalogikan oleh pegawai tersebut mempunyai sifat tenang dan marah dan Ianya boleh dilihat melalui cerapan matahari.Matahari juga sebenarnya bukanlah berwarna Oren tetapi colourless. Namaun saya bersama rakan-rakan tidak direzekikan untuk melakukan cerapan matahari.Selepas taklimat kami diajar tentang cara menggunakan peta bintang yang disediakan kepada kami untuk melihat dan mengetahui kedudukan serta nama buruj-buruj di angkasa. Melalui pengetahuan tentang kedudukan buruj serta bentuknya, kita boleh menentukan arah kiblat yang mana ilmu ini digunakan oleh pelayar-pelayar Islam dan tokoh-tokoh yang terdahulu.Seiring dengan kemajuan teknologi aplikasi peta bintang juga boleh didapati dalam telefon pintar iaitu aplikasi Stellarium dan Google Sky Maps.Walaupun ada ketikanya apa yang dijelaskan oleh pegawai tentang matahari, bulan, bintang dan angkasa kurang difahami disebabkan tidak mempelajari secara khusus dalam bidang tersebut tetapi maklumat yang saya perolehi sangat banyak dan paling penting dapat menghayati hubungkait dengan ciptaan Allah yang Maha Agung.

Meteor tulen Yang jatuh di Afrika Selatan seberat 3kg |
![]() |
belajar menggunakan peta bintang |
![]() |
penerangan oleh pegawai kompleks |
![]() |
aktiviti Cerapan |
![]() |
Add caption |
3. Tayangan 3D dan Planetarium
Tajuk untuk tayangan 3D ialah SOS Planet dan tajuk untuk tayangan Planetarium ialah Sky Quest. Kedua-dua tayangan ini adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kekangan dan masalah yang saya hadapi ialah pemahaman secara keseluruhan jalan cerita dan maklumat yang ingin disampaikan. Ianya sedikit sebanyak mempengaruhi pemahaman.Pembelajaran yang dapat diperolehi dalam tayangan 3D yang bertajuk SOS Planet ialah kesan aktiviti-aktiviti manusia di muka bumi ini member kesan yang negatif kepada alam. Aktiviti manusia seperti pembanganan, perindustrian, pembakaran hutan, penebangan pokok memusnahkan alam secara perlahan-lahan. Tayangan ini adalah untuk memberi kesedaran agar memelihara alam dan menyelamatkan flora dan Fauna di muka bumi. Sky Quest pula ialah berkaitan penerokaan angkasa lepas, pencerapan terhadap planet-planet, bintang dan objek angkasa lepas.
![]() |
Our sporting Lecturer |
4. Aktivi Bebas..Pantai Tanjung Bidara, Melaka
Walaupun pantainya agak kureng dari segi kemudahan, kecantikan tapi tetap best kalau bersama dengan kawan-kawan yang sempoi..haa
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan banyak maklumat baru yang sangat bermanfaat kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain. Aktiviti yang dijalankan juga mencapai objektif dan tujuan lawatan ini di adakan. Pengalaman ini pastinya akan memberikan semangat untuk terus mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kekangan dan masalah yang dihadapi yang menyebabkan kurangnya kesan kepada pembelajaran. Contohnya kurangnya persediaan dalam seminar dan banyak kelemahan semasa menyampaikan ceramah atau proses pembentangan. Namun perkara ini saya rasakan sebagai latihan, pengalaman dan proses pembelajaran untuk diperbaiki dan mengatasinya di masa akan datang. Saya merasakan bahawa objektif dan tujuan lawatan ini telah mencapai objektif dan mencapai tujuannya. Kerana banyak perkara baru yang telah dilalui dan dipelajari. Banyak juga nilai-nilai yang diperolehi semasa program iaitu dapat menghayati dan merenung kembali ciptaan Allah yang sangat indah dan teratur dan kita sebagai hamba Allah perlu mengabdikan diri kepadaNya yang menciptakan segalanya.
Sekian..
No comments:
Post a Comment