![]((https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPkwU9RNSYOSS1gTK6KM7deKAJSYVWudYCqJXGWgi7gUJeW6oiS6Hi_5lbJls3U4dqqAL21QMwSDxc3bKBCdnq_AW-pJTKm3gNe7Vssbw6IqXlqDggieZEDR8b-pkof4P4P32fVT82g0ai/s1600/Assalam+ciknurfarah.gif))
Rasanya dah lama tidak menulis dalam blog nie, agak sibuk dengan pelajaran, program dan urusan-urusan persatuan. Berada dalam final year nie memang sangat sibuk ditambah dengan jawatan dalam persatuan menjadikan tidak boleh leka dan membuang masa. Jawatan dalam persatuan bukanlah bergaji, tetapi bila kita diberi kepercayaan dalam memimpin maka kita akan cuba buat yang terbaik untuk persatuan. Namun semua itu sebenarnya mengajar untuk menjadi lebih baik dalam mengurus kehidpuan. Apa yang ingin saya tulis di sini adalah bertapa nikmatnya apa yang disebut sebagai UKHWAH dan SAHABAT. Rasululah menyebutkan dalam sabdanya jika kita ingin menilai kawan dan sahabat yang terbaik maka bermusafirlah. Semasa bermusafirlah kita boleh melihat siapa kawan sahabat kita yang terbaik dan mana sahabat yang kurang terbaiknya. Kawan yang baik adalah saling bantu-membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Jika ada keperluan kawan lain yang perlu di bantu maka dengan rela hati menghulurkan bantuan. Baru-baru ini Persatuan telah menyertai Kejohanan Sukan Siswa/i sabah yang bertempat di Universiti Utara malaysia (UUM). Sebagai ketua kontijen saya berusaha untuk menjadikan team yang terbaik. Fokusnya adalah menguatkan pasukan dengan TEAM WORK yang kuat. Alhamdulillah kami mendapat tempat ke-3 keseluruhan. Akan tetapi bukan itu yang ingin dicoretkan tetapi ukhwah dan persahabatan itu yang paling penting. Rasanya objektif untuk menyertai kejohanan ini adalah tercapai. Rakan-rakan yang sebelum ini kurang rapat menjadi rapat, yang segan untuk bertegur menjadi tidak, yang kurang dikenali menjadi kenal. Ianya semua sangat cantik untuk diingati. Persahabatan dan ukhwah itu menjadi kukuh dan teguh mengkin dapat diuukur dengan apabila berpisah sedihnya sangat terasa walaupun bukanlah perpisahan itu sesuatu yang kekal tapi itulah yang dikatakan ukhwah dan persahabatan itu telah meresap dalam diri. Akhir kata, mudah-mudahan persahabatan dan ukhwah dengan kawan-kawan berkekalan hingga ke akhir hayat. Yang paling penting ada Ukhwah dan bersahabat kerana Allah, Aminn...
#Ukwah fillah abadan-adadan
#SEKADAR SUKA_SUKA
No comments:
Post a Comment