![]() | |||||
Banyak perkara yang melibatkan sensviti masyarakat malaysia yang menjadi viral dan hot issue di media massa dan menjadi buah mulut bualan org. bermula dengan isu "i want to touch a dog". sememangnya perkara ini adalah salah terutamanya melibatkan peserta Muslim walaupun niatnya adalah betul namun penyataan matlamat tidak menghalalkan cara sesuai dengan program ini. oleh kerana permainan media massa yang berebut-rebut mencari keuntungan perkara ini menjadi isu yang sangat besar. ya, isu ini adalah isu yang besar dan mestilah dihalang NAMUN banyak perkara yang berlaku di dalam masyarakat kita yang seperti ini malah lebih teruk lagi tidak diendahkan dan tidak diberi perhatian. Contohnya dalam filem dan drama konsert2 malah di mana2 sahaja terlalu bebas untuk berpegangan tangan, berciuman, berpeluk-pelukkan, Bukankah ini lebih teruk dan kutuk jika dibandingkan dengan program "i wanna Touch a dog ini".
Sama isunya dengan aksi peluk2 cium2 antara artis KPOP dan wanita melayu yang menjadi Isu utama dalam media massa terutama akhbar utama negara dan FB.
Jika perkara ini akan dikenakan hukuman oleh pihak berautoriti maka pelaksanaan hukuman dan undang2 perlulah bersifat menyeluruh kepada seluruh rakyat malaysia bukan sahaja untuk memelihara budaya islam di negara kita tapi untuk tujuan utama kita negara negara kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt. oleh itu, hukumlah mereka yang berpelukan dalam filem dan drama, para penyanyi dan pelakon, aksi peluk2 di tempat awam agar adil kepada semua. bagi saya terdapat beberapa perkara yang menonjol dalam hal ini
1.Peranan media massa yang menyebabkan perkara ini menjadi hot dan popular. ayat-ayat yang digunakan kadang2 keterlaluan sehingga tidak menjelaskan situasi sebenar yang sepatutnya. mereka ini yang bertanggungjawab kepada lahirnya presepsi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Maka pastilah niat mereka adalah untuk mencari keuntungan dengan apa cara sekalipun tanpa nilai kemanusiaan yang sepatutnya ada. Kesannya sumpah seranah, caci maki, kutukan daripada masyarakat sentiasa menjadi budaya.
2. Pihak berautoriti seperti Jakim, NGO dan Jawi sepatutnya memikirkan kaedah untuk membendung gejala sosial ini secara menyeluruh dan menggunakan kaedah berfikir dan berbincang. Jangan jatuhkan hukuman secara emosi dan terdesak. kerana boleh jadi mereka ini menjalankan hukuman disebabkan supaya dilihat menjalankan tugas oleh masyarakat. Kerana takut mereka juga dikutuk kerana tidak menjalankan tugas. Rasionalnya, kenapa baru kini mereka muncul dengan gah untuk menjatuhkan hukuman, kenapa bukan dari dulu kerana perkara ini dah lama berlaku tetapi mungkin tertutup kerana rabun.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/jawi-ambil-tindakan-penganjur-konsert-k-pop-1.349894
3. Budaya caci maki sumpah seranah. Sering kita katakan perkara2 itu ini adalah bukan budaya Islam dan masyarakat malaysia. Maka keluar caci maki, sumpah seranah, kutuk mengutuk. Ya perkara yang berlaku itu memang bukan daripada budaya masyarakat malaysia jauh sekali budaya Islam. betul dari sudut itu tapi dari sudut yang lain adakah caci maki, sumpah seranah itu budaya Islam. Mungkin bagi mereka itulah budaya Islam. Jika itulah budaya yang diperjuangkan maka mereka itu lebih hina daripada yang terlibat. Gunakanlah akal yang dikurniakan untuk berfikir. Jangan sampai menjadi lebih teruk daripada binatang disebabkan gagal dan tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir.
Sekadar Luahan Hati.
(syed:2015)
No comments:
Post a Comment