kejayaan bukan destinasai tetapi sebuah perjalanan

Social Icons

Pages

Wednesday, 18 September 2013

SABAH : KADAZANDUSUN



SEJARAH ASAL USUL MASYARAKAT KADAZANDUSUNMELALUI SUMBER LISAN (CERITA) DAN FORUM
PRAKATA
Kepada para pembaca, hasil nukilan dan tulisan dalam artikel inibadalah dipetik dan disesuaikan oleh penulis daripada forum-forum yang ada dinyatakan sumber-sumbernya dan tidak melalui kajian yang mendalam. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk menghimpunkan pendapat umum tentang sejarah asal usul Masyarakat Dusun dan Kadazan (KadazanDusun) ke dalam satu Penulisan yang lebih mudah dibaca, agar setiap orang dapat memikirkan logik dan kebenarannya.
1.0       PENGENALAN
KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan perkembangan sosio-ekonomi yang dicapai olehnegara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenalisebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka.Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama"Kadazan"secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh 'kerana masih terdapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti"Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun"dipersatukan menjadi"Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat"kesatuan" di kalangan mereka.
Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8 juta orang penduduk Sabah, terdapat 372;089 orang Kadazandusun. Anggaran jumlah penduduk Kadazandusun pada tahun 1994 bertambah menjadi 433,600 orang, yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan Murut. Sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, KotaBelud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, LabukSugut, Paitan, Telupid, Ranau,Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan.
Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah(KDCA) dan di dalam perlembagaannya, Kadazandusun merujuk kepada empat puluh etnik seperti berikut: Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan,Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, onsogon, Tuhawon, Kolobuan, Minokok, Sukang, Tutung, Kuijau, Murut, Sungai, Bisaya Kesemua etnik ini mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satupetempatan awal Kadazandusun yang terletak di Kawasanperkampungan Tompios dalam daerah Ranau.( http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=896)
Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tariantradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan sukukaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "NunukRagang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaumini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhisosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik,terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.
Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan danejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain dinegeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dansosio budaya suku kaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapatdalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak,bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.
Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan
TAHUKAH ANDA??
Kadazandusun merupakan satu kelompok masyarakat etnikperibumi yang terbesar di Sabah yang dikenal juga sebagai suku kaum Dusun. Suku kaum Dusun ini sebahagian besarnya tinggal di Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, dan Pantai Timur Sabah. Kelompok-kelompok Dusun tersebut terdiri daripada 12 suku yang dikenali sebagai suku Dusun Papar, Dusun Putatan, Dusun Penampang, Dusun Ranau, DusunLotud, Dusun Kiau, Dusun Rungus, Dusun Tagas, Dusun Tempasuk,Dusun Tambunan, Dusun Tatana, dan Dusun Tungku atau Begahak. Suku-suku kaum Dusun bermukim di kawasan yang berasingan sertamenggunakan dialek yang berlainan, tetapi tidak timbul masalah kekangan komunikasi antara satu suku dengan suku yang lain, lantaran ciri-ciri budaya yang dikongsi berdasarkan warisan bersama.
Terdapat suku kaum Dusun di Sabah yang dikenali dengannama 'Kadazan'. Pada mulanya 'Kadazan' turut diklasifikasi sebagai bangsa yang sama serumpun dengan 'Dusun'. Apabila dimensi politik dilibatkan untuk mengelaskan suku-suku tersebut, keadaan menjadi tidak menentu. Bangsa Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa danbudaya serupa, meskipun dengan perbezaan dalam dialek. Hal Yang membezakan bangsa Kadazan dan Dusun adalah disebabkan factor kedudukan geografi tempat tinggal mereka. Bangsa Kadazan,menduduki tanah delta yang landai, yang sesuai untuk sawah pertanian,manakala bangsa Dusun pula, biasanya menduduki kawasan-kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pendalaman Sabah. Perkataan"Kadazan" bermaksud "Kedai". Ini mengambarkan bahawa bangsa Kadazandusun ini menghuni dikawasan bandar-bandar, yang terdapat kedai-kedai, pendek kata kaum Khadazandusun ialah bangsa "Dusun" yanghidup didalam bandar. Dalam sebutan bahasa Malaysia ia disebut"Kekedaian" ataupun "Kekedazan" dalam bahasa dusun. Secarateorinya kaum ini sepatutnya hanya dipanggil bangsa "Dusun" dan bukannya Khadazandusun, memandangkan mereka ini adalah dari suku kaum yang sama.
2.0       LAGENDA NUNUK RAGANG
Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda. Nunuk Ragang merupakan satu kaitan yang rapat dalam membuka lembaran sejarah yang dikaitkan denganmasyarakat KadazanDusun. Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya, telah berjaya membongkar asal usul masyarakat KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun mempercayaibahawa nenek moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang yang bermakna “Pohon Ara berwarna merah”. Tempat tersebut terletak di satu kawasan hulu Labuk yang pada masa sekarang terletak di Daerah Ranau. Nunuk Ragang dikatakan mempunyai dua buah sungai iaitu Sungai Liwagu dan Sungai Gelibang.Sungai-sungai ini mengalir ke arah timur Ranau dan juga Tambunan.Sungai-sungai ini memainkan peranan penting sebagai laluan utamaperpindahan beramai-ramai masyarakat KadazanDusun ke seluruh pelosok tempat di Negeri Sabah.Menurut sumber cerita lisan yang diperolehi daripada masyarakat KadazanDusun itu sendiri, pokok atau pohon Ara tersebut adalah sebesar enam depa lingkungan tangan yang memeluknya, daun-daun yang merimbun pula dapat melindungi di bawahnya sebanyaktujuh buah pondok kecil masyarakat KadazanDusun dahulu kala yangbersaiz 240 kaki persegi. Pada mulanya, nenek moyang mereka hidup bebas dan menikmati limpahan rezeki yang ada di sekeliling mereka.Tetapi lama-kelamaan apabila penduduk di tempat itu semakin ramaidan bertambah sesak serta pencarian makanan pun bertambah sukar,ketua mereka telah memerintahkan pahlawan-pahlawannya pergi mengembara dan mencari kawasan-kawasan penempatan baru yanglebih sesuai dan mempunyai sumber makanan yang lebih banyak.

Ekoran daripada pengembaraan yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan inilah, mereka akhirnya telah menemui pelbagai tempat dan terus menceritakan tentang penemuan yang telah merekaperolehi. Maka, berlakulah penghijrahan secara beramai-ramai dandalam beberapa kumpulan yang diketuai oleh pahlawan-pahlawan tadidan sekaligus menjadi penyebab terjadinya pemisahan dan penyelerakan orang-orang KadazanDusun seperti mana yang ada pada masa sekarang. Sebenarnya, jika dilihat daripada konteks masyarakat, Nunuk Ragang ini adalah satu tanda kemunculan kaum KadazanDusun yang ada di Sabah ini dan secara tidak langsung menjadikan budaya inibegitu unik sekali. Ini hanya disebabkan oleh sebatang pohon ara yangbesar yang dijadikan sebagai tempat berlindung dan akhirnya telah berkembang dan terciptanya sebuah kaum yang besar dan kaya dengan pelbagai seni kebudayaan yang tersendiri iaitu kaum KadazanDusun.Seharusnya sejarah kemunculan awal kaum KadazanDusun inidipelihara rapi dan perlu diturunkan dari satu generasi kepadagenerasi yang lain.
Perspektif masyarakat kini terhadap lagenda Nunuk Ragang adalah pelbagai. Menurut Pengarah Kebudayaan Kesenian danPelancongan Negeri Sabah, Encik Chua Tek Luwi, masyarakat mempunyai perbezaan pendapat mengenai proses pengembangan kaum KadazanDusun ini. Selain itu, tanpa disedari ekoran daripada perkembangan ini secara tidak langsung menyumbang kepada perpecahan kepada kaum KadazanDusun. Namun, perpecahan inibukanlah menjurus kepada perpecahan yang negatif tetapi ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kewujudan kepelbagaian carahidup dan juga bentuk etnik yang berlainan dalam kaum KadazanDusunitu sendiri.
Bagi perspektif golongan muda pula, mereka ini kurang didedahkan dengan cerita-cerita Nunuk Ragang mahupun cerita lagenda yang lain. Golongan muda kini tidak begitu mengenali ataupun mengetahui lagenda yang ada di Sabah. Hal ini berlaku disebabkan pendedahan yang amat terhad oleh golongan tertentu selain daripada kurangnya minat dari golongan muda itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memperkenalkan cerita dan juga lagenda Nunuk Ragang ini kepada mereka. Jika diamati keseluruhan cerita Nunuk ragang ini, secara simboliknya ia menyampaikan mesej yang positif dari segi pembentukan perpaduan dikalangan masyarakat KadazanDusun.Oleh itu, sebagai ahli masyarakat Sabah, sudah menjadi satukewajipan untuk menjaga dan meneruskan pewarisan budaya yang adaagar ia tetap kekal dalam nilai estetika kebudayaan masing-masing. Lihat saja kepada cerita Nunuk Ragang ini, iamempunyai nilaiperumpamaan yang perlu ditetliti kembali sekiranya kita inginkanperpaduan itu kekal dalam masyarakat kita. (http://www.pensabah.gov.my/SETIA/artikel/lagenda_nunuk_ragang.htm)

3.0       TEORI SAINS SOSIAL
Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.
3.1       Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dariketurunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R.Williams: 1965);
3.2       Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan"Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).
3.3       Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukankaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220
3.4       Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalahketurunan orang purba Gua Madai.
Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini -"NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.
Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk -penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke"kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar kearah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang.(Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah. Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragangadalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembagamerah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihatdari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity"rakyat Sabah yang mempercayai bahawa"asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambanganmenunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini. MasyarkatKadazandusun sehingga kini masih mempercayai bahawa pokok dan tempat Nunuk Ragang itu adalah "keramat" dan disegani. Untuk memelihara sejarah lisan kaum Kadazandusun" Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), pada tahun 1969 telah meminta bantuan daripada kerajaan negeri Sabah untuk mendirikan sebuah Tugu Peringatan Nunuk Ragang yang telahpun siap dibina pada 23September, 1995.
Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini,terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itusangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai kesungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat,bergayut, berteduh dan sebagainya. Penduduk di sini sangat ramai,ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb.) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut. Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu inibanjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasanaseperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun darisebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

4.0       KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG
Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini. Kehidupan mereka aman dan damai,bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan,orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo. Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologibaru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusanserta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yangditerokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka,tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot,dll), peralatanpertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan,kisaran, tosung, rilibu/raya dll). Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala,tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan (lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus,ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll),peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali,bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).
Legenda Nunuk Ragang turut memuatkan cerita berhubung dengan pengembara-pengembara China di kawasan Kinabatangan dan  Labuk, di mana mereka dikatakan mempunyai beberapa siri pertemuan yang terawal dengan penduduk-penduduk Nunuk Ragang. Ini diikuti dengan perkahwinan di antara anak perempuan Ketua orang Kadazandusun dengan seorang pahlawan China yang kaya. Sejak itu, penduduk Nunuk Ragang telah bertambah dengan banyaknya sehingga menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan dalam kawasandan persekitaran dan perkampungan Nunuk Ragang. Tambahan pula penduduk.penduduk Nunuk Ragang sudahmula ingkar terhadap Tuhan Kepercayaan mereka, iaitu Kinoingan dantidak lagi mengamalkan adat-istiadat yang diperturunkan kepadamereka sejak kaum Kadazandusun dicipta oleh Kinoingan. Ada yang menceritakan bahawa akibat dari keengkaran dan pelanggaran agama,Kinoingan telah menghukum penghuni Nunuk Ragang sehingglah merekasedar, insaf dan bertaubat mengenai kesilapan mereka itu.
Terdapat cerita di mana pada suatu hari, sedang mereka menanam padi huma(tidong) secara bergotong -royong (mogitatabang),tiba-tiba mereka dengar suara manusia dari dalam tanah, lalu merekapun mengorek tanah itu. Mereka dapati satu lubang yang besar,penuh dengan manusia berbagai bangsa. Ketua manusia dari dalamtanah itu mengucapkan terima kasih atas pertolongan orang NunukRagang kerana membebaskan mereka dari dunia di bawah bumi(Kolungkud). Ketua itu juga menerangkan hasrat mereka iaitu untuk mengambil alih semua kawasan perkampungan Nunuk Ragang serta persekitarannya. Hanya tujuh (7) bulan sahaja masa diberi kepadapenduduk-penduduk Nunuk Ragang untuk berhijrah dan meninggalkan kawasan Nunuk Ragang, Selepas pemberitahuan orang-orang danbawah bumi itu, keluarlah mereka beramai-ramai dan seterusnya menghilangkan diri.
Selepas kejadian itu, ketua masyarakat Nunuk Ragang mula diserang mimpi-mimpi ngeri. Pakar-pakar penterjemah mimpi semuaber pendapat bahawa penduduk-penduduk Nunuk Ragang akanmengalami tujuh (7) jenis penderitaan sekiranya mereka terus berdegil dan tidak mahu meninggalkan Nunuk Ragang. Tidak lama kemudian, sungai Liwogu dikatakan telah menghakiskan tebingnya dan pokok Nunuk Ragang mula tertumbang. Pada masa yang sama penyaki tcacar "rakit" yang dahsyat mula menyerang penduduk Nunuk Ragang.
Ketua kaum Kadazandusun itu kemudiannya membahagi-bahagikan orang-orangnya dalam tujuh (7) kumpulan lalu mengarahkan ketua-ketua kumpulan supaya pergi mengembara untuk mencari kawasan penempatan baru. Ketua kaum Kadazandusun itu pada mulanya diterbangkan oleh ayam besar yang sakti, mula-mula ke Ranau kemudian ke Tambunan, Keningau, Kota Belud dan beberapa tempat yang lain. Setiap kali ayam sakti itu tiba di sesuatu tempat ia akan mengais-ngais serta meratakan kawasan itu sehingga menjadi satu dataran luas bagi menempatkan orang-orang Kadazandusun di kawasanitu. Semasa berhijrah. sungai-sungai tempatan telah dijadikanpanduan kepada ketua-ketua pengembara danrombongan masing-masing menyebabkan mereka terpisah-pisah sebagaimana ia diperlihatkan oleh pecahan kesukuan kaum Kadazandusun di seluruh Sabah pada masa kini. Setiap kumpulan telah membentuk dan membangunkan penempatan masing-masing sambil memperkukuhkan keunikan kemasyarakatan mereka sendiri





5.0       LAGENDA PESTA KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau "Magavau" dalam bahasa kadazan, merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon"iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaumkadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan KerajaanKoloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Perayaan Kaamatan yang juga merupakan, perayaan kebudayaan tahunan oleh masyarakat Kadazandusun dan amat sinonim dengan masyarakat petani, sebagai satu acara kesyukuran terhadap penghasilan padi pada tahun semasa. Idea untuk mengadakan sambutan ini mula dicetuskan oleh mendiang Orang Kaya Kaya (OKK)Sodomon selaku Ketua Anak Negeri Keningau pada tahun 1956.Selepas itu, semua ketua-ketua suku Kadazandusun dari pelbagai daerah mula menunjukkan respon positif dan perayaan di peringkat negeri pertama kali diadakan pada 30 Jun –1 Julai 1960 di Padang SMSt.Michael, Penampang. Selepas sekian lama, pada tahun 1986, Kadazandusun Cultural Assocation (KDCA) memutuskan bahawa tarikh perayaan kaamatan ditetapkan pada 30-31 Mei dan pelancaran perayaan pada 1 Mei. Perayaan kaamatan mempunyai 2 unsur utama yang merupakan nadi dan identiti perayaan ini. Unsur pertama atau identiti utama ialah pemujaan semangat padi, yang dikenali sebagai Magavau (restoration ceremony). Masyarakat Kadazandusun mempercayai bahawa padi mempunyai ‘semangat’ yang dikenali sebagaiBambarayon. Kepercayaan ini timbul ekoran cerita lagenda tentangKinoringan (tuhan) yang mengorbankan anak perempuannya yangtunggal iaitu Huminodun, yang telah dibunuh, dibelah 7 dan ditanam.Kemudian tumbuhlah pokok padi yang membolehkan manusia boleh hidup. Mitos ini telah menjadi lagenda masyarakat Kadazandusun turun temurun yang menyebabkan timbulnya kepercayaan terhadap semangat padi serta keajaiban angka 7. Pemujaan ini dikendalikan oleh Bobolian, yang dikatakan mempunyai kemampuan berkomunikasi denganalam ghaib. Upacara magavau yang sinonim dengan istilah moginakan, secara simboliknya bertujuan berterima kasih, memohon kemaafan (sekiranya ada padi/beras yang disia-siakan) serta harapan agar hasil padi pada masa akan datang lebih baik.
Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau juga merupakan identity perayaan Kaamatan. Selari dengan upacara Magavau yang timbul ekoran kepercayaan terhadap Bambarayon, maka Unduk Ngadau tidakdapat dipisahkan dalam perayaan ini. Pertandingan ini adalah bagi mengingati lagenda Huminodun, yang telah dikorbankan oleh Kinoringan demi manusia di muka bumi. Huminodun dibelah 7, ditanam dan kemudian tumbuhlah pokok padi, yang menjadi makanan rujihampir seluruh dunia. Itulah sebabnya angka 7 dianggap angka keramat bagi Kadazandusun, bahkan kini wujud 7 istilah bagi padi iaitu Som-puun, Son-guas, Son-rawoh, Son-gi-ih, Son-wawar, Som-putul dan Som-bilod. Simboliknya, Unduk Ngadau yang diambil dari perkataanTunduk do Tadau mencerminkan gadis Kadazandusun yang lemah lembut tetapi tegas/berani, berketrampilan, berpendirian danberperanan dengan baik dalam masyarakat.
Kini, setelah hampir 50 tahun Kaamatan dirayakan secara rasmi, sambutan ini telah menghadapi beberapa penyesuaian dengan pengisian acara seperti Sugandoi, Tarian Tradisi, Sukan Tradisi,Pameran dan sebagainya bagi menjadikan lebih menarik dan ‘sosial’.Dalam konteks negara, sejak tahun 2001, Kaamatan telah disambut diperingkat kebangsaan, yang merupakan pengiktirafan terhadap Kadazandusun secara menyeluruh. Cabaran utama Kaamatan pada masakini ialah dengan wujudnya unsur-unsur commercialitation, iaitu motivasi Kaamatan yang salah. KDCA berketetapan bahawa Kaamatan kini telah menjadi ‘milik’ masyarakat Malaysia, tetapi haruslah dengan motivasi yang ikhlas, berpaksikan semangat konoringan dan huminodun.(http://gerbangpitas.blogspot.com/2008/05/perayaankaamatan.html)
MITOS ASAL USUL KAAMATAN
Mitos 1(http://anjunglarik.blogspot.com/2008/06/dusun-kadazandusun-siri-sabah-2.html)
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Dusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan(Dewa) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yangbernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Dusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kaum Dusun. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon". Bermula dari kejadian inilahorang-orang Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan(Pesta Menuai).Perayaan seumpama ini dirayakan dengan harapan agar rezeki yangakan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telahselamat dimasukkan ke dalam ketawai/tangkob (bekas tempatmenyimpan padi). Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Dusun akan Dewa Kinoingan yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Mitos 2(http://anjunglarik.blogspot.com/2008/06/dusun-kadazandusun-siri-sabah-2.html)
Dikisahkan, masyarakat Dusun pada zaman silam tinggal disuatu lembah yang subur. Pada satu hari berlakulah satu kejadian yang ganjil, dimana segumpal batu telah tumbuh di satu kawasan dalam lembah tersebut. Kian hari batu itu kian membesar. Kian hari kian panas pulalah cuaca di lembah itu. Akhirnya lembah yang subur itu kering kontang akibat ditimpa bencana kemarau. Tanam-tanaman sertabinatang-binatang ternakan turut musnah. Dalam mengharungi malapetaka alam itu, beberapa orang kampung didatangi mimpi yangserupa. Kononnya mala petaka yang menimpa mereka akan berakhir jika seorang perempuan cantik yang berhati mulia dapat dijadikankorban kepada batu itu.
Hebohlah orang-orang kampung memperkatakan tentang mimpi itu. Maka Tok Ketua pun memanggil anak-anak buahnya ke balai, lalu berbincang tentang mimpi berkenaan. Walau bagaimanapun,mereka tidak sampai hati untuk mengorbankan nyawa manusia. Keputusan berdasarkan persetujuan ramai itu telah didengar oleh si Kinomulok, anak gadis Tok Ketua. Secara senyap-senyap Kinomulok menyusup ke kawasan batu yang kian membesar itu lalu terserempak dengan beberapa orang bobolian(pendeta). Si Kinomulok bertanya kepada mereka akan kebenaran firasat mimpi yang diheboh-hebohkan itu dan Bobolian mengiakannya. Gadis yang cantik dan berhati mulia itu tidak sanggup membiarkan orang kampungnya menderita apatah lagimati kebuluran. Dia menawarkan diri untuk dijadikan korban tetapiorang-orang kampung yang berada di kawasan batu itu menolak tawarannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh yang amat kuat diiringi kilat sabung-menyabung. Dengan tidak semena-mena si Kinomulok telah disambar petir. Tubuhnya bercerai-berai. Kononnya darahnya bertukar menjadi padi. Giginya menjadi jagung manakala isinya pula menjadi timun. Pada malam selepas kejadian tersebut, orang-orang kampong bermimpi bertemu dengan si Kinomulok. Dia berpesan agar orang-orang kampung menghadiahkan tujuh tangkai padi kepadanya setiap kali selepas musim menuai padi. Dia juga meminta agar pokok jagung dan timun ditanam di bendang atau di sawah padi.
Sebab itulah sehingga kini jagung dan timun masih ditanam di bendang dan di sawah padi. Kononnya, selepas si Kinomulok disambar petir baharulah batu itu berhenti membesar dan lembah kembali subur. Adalah dipercayai batuitu ialah Gunung Kinabalu yang ada sekarang. Masyarakat Dusun jugapercaya roh si Kinomulok telah menjelma dalam bentuk Bambarayon yang menjadi semangat padi. Bambarayon ialah sejenis burung layang-layang yang berjambul. Secara alamiah, Bambarayon atau burunglayang-layang tidak memakan padi. Serangga merupakan makananutamanya. Di samping itu, burung layang-layang sering kelihatanberterbangan di kawasan bendang dan sawah padi. Dengan demikian gerak tari Sumazau juga telah dikaitkan dengan Bambarayon yangdianggap oleh suku kaum Dusun sebagai samangat padi.
            5.1       Asal Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun iany atetap membawa maksud yang sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan(Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benihtumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama"Bambazon". Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini jugamengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yangsanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
6.0       KESIMPULAN
Pada dasarnya bangsa Kadazandusun bertutur bahasa Kadazandusun yang disandarkan pada dialek Bunduliwan dan diperkayakan dengan dialek-dialek etnik yang lain. Meskipun bahasa Kadazandusun mempunyai berbagai dialek berdasarkan dialek Bunduliwan, mereka saling mengerti di antara satu dengan lain. Bahasa Kadazandusun boleh dibahagikan dalam empat kumpulan dialek seperti berikut;
·         Dialek Kadazandusun Pantai Barat
·         Dialek Kadazandusun Pantai Timur
·         DialekKadazandusun Utara
·         Dialek Kadazandusun Pedalaman
Radio dan surat khabar adalah dua media penting sebagai saluranuntuk pengembangan Bahasa Kadazandusun

#copied and pasted

1 comment:

  1. http://taipanqqculinary.blogspot.com/2018/02/sedang-diet-ini-jenis-pancake-yang.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/pasangan-ldr-tetap-dapat-rayakan.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/jomblo-enggak-bakal-ngenes-kalau.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete