kejayaan bukan destinasai tetapi sebuah perjalanan

Social Icons

Pages

Saturday, 9 November 2013

INDAHNYA UKHWAH DAN SAHABAT



Rasanya dah lama tidak menulis dalam blog nie, agak sibuk dengan pelajaran, program dan urusan-urusan persatuan. Berada dalam final year nie memang sangat sibuk ditambah dengan jawatan dalam persatuan menjadikan tidak boleh leka dan membuang masa. Jawatan dalam persatuan bukanlah bergaji, tetapi bila kita diberi kepercayaan dalam memimpin maka kita akan cuba buat yang terbaik untuk persatuan. Namun semua itu sebenarnya mengajar untuk menjadi lebih baik  dalam mengurus kehidpuan. Apa yang ingin saya tulis di sini adalah bertapa nikmatnya apa yang disebut sebagai UKHWAH dan SAHABAT. Rasululah menyebutkan dalam sabdanya jika kita ingin menilai kawan dan sahabat yang terbaik maka bermusafirlah. Semasa bermusafirlah kita boleh melihat siapa kawan  sahabat kita yang terbaik  dan mana sahabat yang kurang terbaiknya. Kawan yang baik adalah saling bantu-membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Jika ada keperluan kawan lain yang perlu di bantu maka dengan rela hati menghulurkan bantuan. Baru-baru ini Persatuan telah menyertai Kejohanan Sukan Siswa/i sabah  yang bertempat di Universiti Utara malaysia (UUM). Sebagai ketua kontijen saya berusaha untuk menjadikan team yang terbaik. Fokusnya adalah menguatkan pasukan dengan TEAM WORK yang kuat. Alhamdulillah kami mendapat tempat ke-3 keseluruhan. Akan tetapi bukan itu yang ingin dicoretkan tetapi ukhwah dan persahabatan itu yang paling penting. Rasanya objektif untuk menyertai kejohanan ini adalah tercapai. Rakan-rakan yang sebelum ini kurang rapat menjadi rapat, yang segan untuk bertegur menjadi tidak, yang kurang dikenali menjadi kenal. Ianya semua sangat cantik untuk diingati. Persahabatan dan ukhwah itu menjadi kukuh dan teguh mengkin dapat diuukur dengan apabila berpisah sedihnya sangat terasa  walaupun bukanlah perpisahan itu sesuatu yang kekal tapi itulah yang dikatakan ukhwah dan persahabatan itu telah meresap dalam diri. Akhir kata, mudah-mudahan persahabatan dan ukhwah dengan kawan-kawan berkekalan hingga ke akhir hayat.  Yang paling penting ada Ukhwah dan bersahabat kerana Allah, Aminn...

#Ukwah fillah abadan-adadan



























#SEKADAR SUKA_SUKA

Monday, 30 September 2013

Islam Dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen

Sangat membuka minda dan membawa pemikiran baru dalam masyarakat islam khususnya pada abad ini. pemikiran perlu ada pembaharuan agar sentiasa dilandasan benar dalam mengejar kebenaran. Hukum Islam boleh berubah mengikut keadaan yang tertentu


Copied  from Minda Tajdid by Dr Maza.
Dalam satu majlis kerajaan di Arau, beberapa orang bukan muslim mengambil keputusan untuk tidak menyertainya disebabkan majlis tersebut menetapkan songkok sebagai pakaian rasmi majlis. Mereka merasakan ini seakan menyuruh mereka memakai pakaian Islam sedangkan mereka bukan muslim. Sebenarnya, ini hasil dari salah faham mereka terhadap pakaian dan kebudayaan.
Songkok sebenarnya bukan pakaian agama Islam. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabah baginda tidak pernah memakai songkok. Sebaliknya, ianya merupakan budaya orang di sebelah India dan kemudian dibawa ke Nusantara. Namun saya tidak begitu terkejut dengan salah faham mereka. Sebabnya, saya pernah menghadiri satu mesyuarat perbincangan hukum syarak di peringkat kebangsaan, salah seorang tokoh agama yang dikenali mencadangkan agar dilarang orang Islam memakai baju cheongsam cina atau kurta kaum India. Saya amat terkejut dengan pandangan sempit seperti itu. Bayangkan jika itulah hukum Islam, apa akan terjadi dengan orang Islam di negeri China dan India. Amatlah berat sebelah Islam ini jika ia mengharamkan cheongsam cina dan kurta india, tetapi membenarkan baju melayu. Padahal kesemua pakaian itu tidak dikenali pada zaman Nabi s.a.w. Dari sudut sejarah pula, Islam sampai ke China dan India mendahului Alam Melayu.
Tidak Menghapuskan Budaya
Mereka lupa bahawa antara faktor yang membawa Islam berkembang pantas kepada setiap bangsa dan daerah adalah kerana Islam itu tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negeri selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam atau menyebabkan orang salah faham terhadap Islam. Maka Islam mengakui pakaian, bahasa dan kesenian sesuatu kaum selagi tidak menyanggahi nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, jika adat dan kebudayaan itu menjurus kepada unsur syirik seperti amalan tepung tawar dalam masyarakat melayu, atau tokok-tambah dalam agama yang mengelirukan hakikat sebenar Islam, maka ianya ditentang dan dihapuskan.
Hal ini jelas dalam hadis-hadis Nabi s.a.w, antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.,
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum . Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam. Baginda tidak berkeras dengan menolak protokol tersebut atau tidak mempedulikannya. Padahal jika Nabi s.a.w tidak mengikut kebiasaan mereka lalu mereka menolak surat baginda, kerugian hanya balik kepada diri mereka semata. Kedudukan baginda sebagai nabi dan rasul jauh lebih tinggi dari mereka semua. Namun, baginda berlunak dalam hal yang seperti ini.
Fleksibiliti Dalam Pakaian
Rasulullah s.a.w. juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagi tidak melanggari batas syariah dan nilai kesopanan. Baginda s.a.w menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga memakai warna yang lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai negeri seperti Yaman, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).
Padahal Rom ketika itu adalah tamadun besar Kristian bagaikan Dunia Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa, maka baginda memakainya. Lihat apa kata sarjana agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):
“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah mamakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan keperbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).
Kata al-Imam Ibn Qayyim (meninggal 751H) pula:
“Petunjuk Nabi s.a.w dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, yang paling ringan dan paling mudah untuk dipakai dan ditangkalkan” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma’ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Lucu Selipar Nabi
Saya begitu hairan apabila ada orang yang berkempen memakai selipar Rasulullah s.a.w. yang ditemui rupa bentuknya oleh orang kita. Setelah menyemak, reka bentuknya itu tidak pula saya temui dalam hadis-hadis yang sahih. Jika ada sekalipun, itu bukan kempen agama ini. Rasulullah s.a.w memakai apa yang terdapat dan mudah pada zamannya. Baginda s.a.w. sendiri bukannya tukang kasut yang menentukan reka bentuk seliparnya. Alangkah baiknya jika kita berkempen agar orang Islam memilki kilang kasut dan menghasilkan berbagaikan jenis selipar dan kasut. Bukan sekadar mereka cipta bentuk ganjil tapi produk aslinya di tangan orang lain. Cuma, istimewanya selipar tersebut, jika dipakai di Mekah atau Madinah, kemungkinan untuk hilang itu agak tipis. Sebabnya, hanya orang Malaysia yang memakainya dan orang arab belum lagi tahu bahawa demikianlah rupa paras selipar Rasulullah s.a.w. Dengan itu mereka tidak memilikinya. Jika mereka ambil, terus dikesan itu barang curian orang kita. Barangkali itulah rahsia ia di’bisnes’kan dengan jamaah haji kita.
Bagi saya, sesiapa yang ingin memakainya, silakanlah. Itu adalah haknya dan selipar pun memang berbagai fesyen. Namun, jangan dikait-kaitkannya dengan agama ini. Soal fesyen pakaian dan budaya adalah terbuka dengan syarat tidak melanggari prinsip-prinsip syarak seperti pakaian atau perbuatan yang khas hanya untuk penganut agama tertentu selain Islam atau kelompok tertentu yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini seperti pakaian atau perbuatan khas sami atau paderi, atau khas kelompok yang terang-terang menyanggahi Islam seperti pakaian ala perompak atau lanun. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, al-Albani menilainya sebagai sahih).
Adat Tak Menyanggahi Syarak
Namun dalam adat dan kebudayaan yang tidak ada kaitan dengan akidah dan percanggahan dengan hukum-hakam Allah, maka al-Quran dalam Surah al-A’raf ayat 32-33 menyebut:
(maksudnya): Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu adalah (nikmat-nikmat diberi) untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) khas (hanya untuk mereka) hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perkara-perkara keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Justeru itu, apabila Islam masuk ke China, tidak hapuskan pakaian orang cina dan reka bentuk bangunan mereka. Lihat sahaja reka bentuk masjid di China. Demikian tidak dibuang kurta orang India. Demikian juga tidak dihapuskan fesyen pakaian orang melayu yang bersampin dan bersongkok. Dengan syarat tidak menyanggahi ajaran Islam. Malangnya, saya dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat yang baru menganut Islam bahawa ada tok kadi yang enggan mengakad nikah mereka kerana memakai fesyen pakaian yang tidak kemelayuan atau kearaban. Ini adalah pemikiran yang sangat sempit.
Di sebuah negara jiran, masyarakat suatu tempat bertengkar kerana sebuah masjid yang dibina tidak mempunyai kubah, sehingga ada yang berkata masjid tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai masjid. Saya yang dijemput hadir ketika itu diminta memberikan penyelesaian. Dengan tersenyum saya bertanya: “Adakah tuan-tuan tahu bahawa masjid Nabi s.a.w. pada hari ia dibina pun tiada kubah. Ia hanya dari tanah liat dan berbumbungkan pelepah tamar dan bertiangkan batang tamar? Lihatlah apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar dalam Sahih al-Bukhari. Kubah menjelma pada generasi selepas Rasulullah s.a.w sebagai salah satu seni binaan yang diluaskan penggunaannya oleh umat Islam. Kubah bukan syarat sebuah masjid. Apa yang penting fungsi masjid itu hendak benar-benar membangunkan umat. Betapa banyak masjid yang berkubah mewah, tetapi masyarakatnya tidak dapat diubah dan tidak indah. Masjid Nabi s.a.w sekalipun tanpa kubah, tetapi ia telah mengukir sejarah kegemilangan dan mengangkat kedaulatan umat. Masjid tanpa kubah mungkin satu kekurangan di sudut kebiasaan seni kita. Namun masjid yang tidak berfungsi seperti zaman Nabi s.a.w. adalah satu kesalahan agama”. Akhirnya mereka akur.
Sunnah Adat
Kehidupan manusia ini berbagai. Seni dalam kehidupan pula pasti berbagai. Islam tidak memaksa bukan arab meniru budaya arab. Pakaian dan seni yang berkaitan dengan bangsa Arab itu –jika ia dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.- diketegorikan sebagai sunnah jibilliyyah atausunnah ‘adah iaitu perjalanan hidup baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban baginda. Dalam ertikata lain, jika baginda bukan seorang nabi pun, sunnah jenis ini tetap wujud. Ini seperti jubah, serban, kegemaran baginda memakan labu, kaki kambing dan seumpamanya. Semua ini wujud sejak sebelum baginda ditabalkan menjadi rasul. Golongan bukan muslim pada zaman baginda juga mengamalkannya. Selagi tiada nas yang sahih memerintahkan umat mengikutinya maka sunnah jenis ini menurut pendapat sebahagian ulama hukumnya hanyalah harus sahaja. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam Abu Syamah al-Maqdisi (meninggal 665H) dalam Al-Muhaqqiq Min ‘Ilm al-Usul fima yata’allaq bi Af’al al-Rasul (lihat: m.s 41, Madinah Andalus: Muassasah Qurtubah). Dibolehkan untuk sesiapa ingin memakainya dan juga diharuskan pula untuk meninggalkannya.
Maka tidak menjadi masalah untuk seorang yang menganut Islam tidak pernah memakai jubah, atau serban, atau memakan kambing atau labu atau seumpamanya. Jangan diberat-beratkan masalah ini. Dahulu ada kumpulan agama yang mewajibkan ahlinya memakai fesyen jubah tertentu sentiasa. Jika Islam itu fokus utamanya mengenai fesyen pakaian, apakah ianya praktikal untuk semua bangsa?. Sedangkan manusia ini berbeza latar kegiatannya dan iklim tempat tinggalnya.
Sepatutnya
Malanglah jika ada pusat pendidikan agama, pasanteren atau pondok yang terlalu menekan soal sunnah adat arab ini, dalam masa yang sama tidak bersungguh-sungguh dalam persoalan sunnah yang memasti cara ibadah menepati amalan sebenar nabi s.a.w, juga soal pembangunan ilmu dan keluasan minda, kekuatan dan kemajuan dalam berbagai bidang.
Justeru, sunnah baginda yang mana tidak wujud jika tidak kerana baginda seorang rasul, diperintahkan untuk kita ikuti. Ini seperti cara solat, puasa, haji, prinsip ekonomi, pendidikan, perundangan dan seumpamanya. Bahkan diharamkan kita menokok tambah atau mereka cipta apa yang baginda yang tidak tunjuk dalam soal ibadah, kerana itu seperti mencabar kerasulan baginda. Maka perkara ibadah khusus seperti wuduk, solat, puasa, haji hanya diambil daripada baginda, tokok tambah atau seni rekaan tidak diiktiraf. Di samping itu, ada pula adab dan akhlak yang dibudayakan oleh Islam terhadap umat. Antaranya, membaca bismillah ketika makan, menggunakan tangan kanan ketika menyuapkan makanan dan kebudayaan Islam yang lain ditegaskan oleh Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w kepada ‘Umar bin Abi Salamah waktu dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:
“Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Malang sekali, saya dapati masih ada orang Islam yang tidak membiasakan diri dengan budaya Islam yang seperti ini. Saya lihat dalam berbagai majlis, ada orang Islam yang menyuapkan makanan ke mulutnya dengan tangan kiri. Islam tidak pernah melarang penganutnya menggunakan sudu atau garpu atau cop stick. Namun perintah Islam, umatnya mestilah menyuapkan makanan ke mulut dengan tangan kanan, bukan kiri. Kita boleh menggunakan budaya atau kebiasaan apa-apa kaum pun, namun jika ia berlawanan dengan budaya yang ditetapkan oleh Islam, maka ia hendaklah ditinggalkan.

Saturday, 21 September 2013

NATURE LOVER: Menawan gunung Ledang..

Saya nak catatkan pula salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di selatan tanah air.Tempat nie sebenarnya saya dah lama pergi. pada tahun lepas. yang pastinya pengalaman mendaki bersama rakan-rakan coursemate sangat seronok. walaupun tidaklah tinggi sangat tapi penat tetap ada. Yang pastinya keindahan dan suasana tenang sangat terasa. Aktiviti ini kami lakukan untuk merehatkan badan dan otak setelah penat berkuliah..huhu. Nak dijadikan cerita, tempat ni memang best la.huhu,..


“Segala yang di langit dan bumi menyanjung Allah. Kepunyaan-Nya Kerajaan, dan kepunyaan-Nya puji-pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
  (Surah At Taghaabuun : Ayat 1)


“Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.” 
( Surah AL An’am : Ayat 1

Semasa bertolak



Nie pula baru sampai ke kawasan gunung ledang






Regangkan badan dulu sebelum mendaki




Taklimat guide luk..bru memulakan pendakian



Aksi-Aksi Sepanjang Pendakian







Sampai..haha..tp bukan sampai puncak sangat pun..Masa tak mencukupi








Gambar aktiviti-aktiviti lain 












huhu..itu je laa...Sekadar catatan tuk simpanan aja..